Nasi beriani adalah makanan yang dihidangkan dalam kebanyakan majlis kenduri kendara dan perkahwinan masyarakat Islam. Tetapi tidakmudah untuk memasak Nasi Beriani, lebih-lebih lagi yang dinamakan Beriani Dam. HAJAH FARIDAH HANUM MOHAMED NOOR, seorang pakar memasak, telah bermurah hati berkongsi dengan pembaca DAPUR cara-cara memasak Nasi Beriani Dam Udang. Menurut beliau, kaedah yang sama boleh digunakan untuk memasak Beriani Dam Ikan. Tetapi katanya, cara yang beliau tunjukkan ini adalah cara yang telah dipermudah bagi membolehkan anda semua mencubanya. Beliau turut berkongsi resipi Roti Kirai dan Kari Ayam Belanda. Roti Kirai dan Kari Ayam Belanda
Oleh CEF SOFIYAN SARKAWI
Bahan-bahan untuk roti:
1 kilogram tepung gandum
1 biji telur
400 ml susu cair
1 sudu teh garam
1 1/2 liter air (boleh ditambah jika adunan terlalu kental)
Secukup perwarna kuning
Secukup minyak ghee dan daun pandan
Calung roti kirai
Caranya:
Satukan tepung gandum, garam, telur dan air ke dalam mangkuk pengisar. Kisar hingga adunan bersatu. Tuangkan susu cair dan pewarna kuning dan adun hingga sebati dan perap setengah jam. Panaskan kuali leper, sapukan secukup minyak ghee dengan menggunakan daun pandan yang diikat dengan tali rafia. Ambil secukup adunan dengan menggunakan calung roti kirai dan kirailah adunan ini dalam satu putaran bulat. Saiznya terpulang kepada anda. Biarkan roti masak dahulu sebelum diangkat dan ulang cara ini hingga adunan habis digunakan. Ambil dua keping roti dan lipat menjadi persegi tiga. Boleh juga lipat roti menjadi empat persegi bujur. Kari Ayam Belanda
Bahan-bahannya:
1 1/2 kilogram ayam belanda (potong lebar-lebar)
400 gram rempah kari daging
120 gram serbuk lada kering
820 gram tomato lecek (dalam tin)
3 sentimeter halia
6 ulas bawang putih
7 hingga 10 ulas bawang kecil
2 labu bawang besar (hiris)
10 tangkai lada kering (cuci bersih)
20 biji tomato pipit
20 batang lobak merah kecil
20 biji kentang pipit (tomato kecil)
3 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
5 kuntum bunga lawang
10 helai daun ketumbar
3 senduk lauk minyak zaitun
secukup daun kari, garam dan air
Caranya:
Kisar bawang kecil, bawang putih dan halia. Panaskan minyak dan tumis bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis, lada kering, bawang besar yang dihiris dan daun kari. Setelah harum, masukkan bahan-bahan kisar, rempah kari dan serbuk lada merah dan masak hingga rempah garing. Masukkan tomato lecek, kentang, sedikit air dan lobak merah. Selepas 15 minit, masukkan ayam dan masak selama 15 minit lagi. Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan tomato pipit. Nota: Jangan masak ayam belanda terlalu lama kerana isinya akan hancur.
Cara dam nasi
Alas periuk nasi dengan sehelai daun pisang. Susun secukup daun pandan yang sudah dibersihkan dan disiat-siat. Atur kentang dan lobak merah. Bahagikan nasi kepada dua bahagian dan buang semua bahan-bahan tumisnya. Ambil satu bahagian nasi dan tuangkan ke dalam periuk. Ratakan tetapi jangan sekali-kali ditekan. Taburkan separuh bahagian daun ketumbar, daun pudina, bawang goreng dan adunan susu cair, air mawar dan koma-koma serta minyak lauk. Susunkan udang dan rempahnya sekali kemudian tuangkan baki nasi dan tabur lagi daun pudina, bawang goreng, adunan susu dan koma-koma atau warna kuning, daun ketumbar dan minyak lauk serta bawang goreng. Taburkan juga lada padi dan tomato pipit (jika suka) Tutup nasi yang sudah dilapis engan udang ini dengan sehelai daun pisang dan tutup periuk rapat-rapat. Nyalakan semula butang periuk dan teruskan masak hingga nasi tanak. Gunakan kaedah yang sama untuk dam beriani ikan. Tetapi anda perlu ingat dimanakah anda susunkan ikan dan udang dalam beriani supaya anda tidak senduk sebarangan hingga udang dan ikannya hancur.
Nasi Beriani
Bahan-bahan untuk nasi beriani:
10 cawan beras basmati (cuci kemudian
rendam selama setengah jam kemudian tos).
12 cawan air
1/2 cawan susu cair
2 sudu makan badam
2 sudu makan gajus
3 sudu makan badam, gajus dan tairu yang diambil daripada bahan-bahan kisar 'B' daripada resipi Beriani Udang atau Ikan (di bawah)
3 sudu makan ghee
10 biji buah pelaga
10 kuntum bunga cengkih
2 batang kayu manis (sepanjang kira-kira satu jari setiap satu)
4 helai daun pandan
1 genggam daun pudina
2 pokok daun ketumbar
garam secukup rasa
3 helai daun limau purut
1 biji limau nipis (belah dua)
secukup kentang dan lobak merah
yang sudah dikukus separuh empuk.
Caranya:
Satukan semua bahan di atas kecuali beras, kentang dan lobak. Masak hingga mendidih. Apabila air sudah mendidih, masukkan beras dan masak seperti anda masak nasi biasa hingga nasi tiga suku tanak. Bahan-bahan untuk dam nasi:
4 sudu makan susu cair
3 sudu makan air mawar
4 sudu makan minyak daripada lauk beriani.
1 helai daun pandan
secukup daun pudina dan
daun ketumbar
secukup koma-koma, rendam dalam air panas atau secukup warna kuning (jika tiada koma-koma)
secukup bawang goreng
Nota: Satukan susu cair, air mawar dan koma-koma dan kacau hingga rata).
Beriani Udang atau Ikan
Bahan-bahan (A):
1 kilo udang hidup saiz besar
atau isi ikan tenggiri atau ikan merah
4 labu bawang besar
5 batang lada hijau
5 batang lada merah
15 biji lada padi
5 ulas bawang putih
5 sentimeter halia
4 biji tomato segar (hiris)
1 sudu makan rempah kari daging
2 sudu makan rempah beriani
2 sudu makan rempah kurma
Caranya:
Satukan bawang besar, lada hijau, lada merah, halia, bawang putih dan kisar hingga halus kemudian campurkan dengan rempah kari, rempah beriani dan rempah kurma. Bahan-bahan B:
1/2 cawan tairu
10 biji badam
10 biji gajus
(semua bahan ini dikisar halus dan
asingkan 3 sudu makan untuk nasi)
Bahan-bahan C:
2 labu bawang besar (mayang halus)
1 batang kayu manis (berukuran (kira-kira 5 sentimeter)
5 biji buah pelaga
5 kuntum cengkih
1 genggam daun pudina
4 pokok daun ketumbar
2-3 helai daun pandan
1 batang serai (titik)
1 tin kecil tomato puri
1 mangkuk bawang goreng
15 sudu makan ghee
10 sudu makan minyak sayur
1/2 biji limau nipis (ambil jus saja)
secukup garam
Caranya:
Bersihkan ikan atau udang (jangan buang ekor dan kepalanya) kemudian toskan. Dengan menggunakan bahan-bahan (C), panaskan ghee dan minyak sayur. Tumis daun pandan dan serai hingga wangi. Masukkan kayu manis, cengkih dan buah pelaga. Tumis hingga wangi. Masukkan bawang besar yang dimayang dan tumis hingga bawang kuning keemasan kemudian masukkan bahan-bahan (A) yang dikisar halus. Tumis bahan-bahan di atas ini selama 15 hingga 20 minit lagi, sambil mengacau setiap lima minit supaya rempahnya garing tetapi tidak hangus. Masukkan pula tomato puri, bawang goreng, daun pudina dan daun ketumbar. Tuang bahan-bahan kisar 'B' dan kacau rata. Masak hingga kuahnya pekat tetapi tidak kering. Masukkan jus limau. Kecilkan api dan biarkan kuahnya renih hingga keluar minyak, baru masukkan udang dan lada padi dan gaul hingga rata. Keluarkan minyak daripada lauk udang tetapi jangan dibuang kerana ia akan digunakan dalam nasi. Nota: Jika anda masak beriani ikan, setelah ikan dibersihkan, gaul dengan sebiji telur dan lada serbuk kemudian goreng.
Cara yang sama boleh dilakukan ke atas udang.
Masukkan ikan atau udang ke dalam lauk beriani dan masak hingga kuahnya pekat dan berminyak. Jangan masukkan terlalu awal kerana dikhuatiri ikan akan hancur.
Oleh sebab itu, anda tidak digalakkan menggunakan ikan untuk beriani dam melainkan jika anda sudah mahir dengan selok-beloknya.
Sumber Dari: Berita Harian